‘Sogok peruntukan sokong PM itu dosa’

‘Sogok peruntukan sokong PM itu dosa’

KHLIR MOHD NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Khlir Mohd. Nor tidak akan menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana menyifatkan ‘sogokan’ peruntukan sebagai satu dosa.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, beliau menegaskan, tidak akan sesekali khianat pada mandat yang diberikan semata-mata untuk menerima peruntukan kononnya demi rakyat di kawasan Parlimen.

Malah, katanya, beliau sanggup mengorbankan gaji ahli Parlimennya untuk disalurkan kepada rakyat meskipun dalam jumlah yang sedikit.

“Kalau sokong Perdana Menteri baru dapat peruntukan, itu rasuah. Kalau terima rasuah, itu satu dosa. Saya tidak akan sesekali khianat mandat yang diberikan rakyat hanya kerana nak terima rasuah.

“Saya adalah askar dan kita ada pendirian, maruah seorang askar tinggi. Kita bukan boleh dibeli begitu sahaja. Saya sekarang ini hanya menggunakan elaun ahli Parlimen untuk membantu mereka yang susah.

“Tetapi saya tidaklah dapat membantu dengan jumlah yang banyak,” katanya ketika dihu­bungi, semalam.

Terdahulu, Ahli Parlimen Bu­kit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal mendakwa terdapat tujuh hingga lapan Ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional (PN) akan menyokong Kerajaan Perpaduan tidak lama lagi.

Khlir adalah antara nama yang disebut-sebut.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Khlir berkata, setakat ini tiada mana-mana individu yang mendekatinya supaya menyokong kepemimpinan Perdana Menteri.

“Berani? Datanglah dekat pada saya, mana-mana datuk yang disebut sebelum ini. Kalau datang dekat, saya baling kerusi pada mereka. Jangan suruh-suruh saya sokong Perdana Menteri. Peruntukan kita pun di­nafikan, macam mana saya nak sokong?” soalnya lagi.

Menurutnya, tindakan beliau yang mesra dengan mana-mana pemimpin termasuk kerajaan bukan bermakna beliau akan beralih sokongan, tetapi lebih kepada sikap profesional de­ngan semua pihak.

“Mungkin mereka pernah lihat saya berborak dengan Datuk Seri Ahmad Maslan sebelum ini, bila PN keluar dari dewan, saya masih berada dalam Dewan Rakyat untuk mendengar sendiri apa yang ingin disampaikan Perdana Menteri ketika itu.

“Jadi, mungkin itu sebab­nya yang mereka kata Ketereh mungkin akan berlalih soko­ngan. Tetapi perkara itu tidak berlaku dan tidak mungkin akan berlaku,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, empat ahli Parlimen daripada Bersatu bertindak menyokong Anwar.

Sokongan itu bermula dengan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid pada 12 Oktober lalu, diikuti Ahli Parlimen Labuan, Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman pada 30 Oktober lalu, Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim dan Ahli Parlimen Jeli Zahari Kechik. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×