Polis digesa siasat rasuah tebatan banjir RM16 billion - Utusan Malaysia

Polis digesa siasat rasuah tebatan banjir RM16 billion

Laporan polis mengenai dakwaan berlaku rasuah dalam projek tebatan banjir Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis digesa  menjalankan siasatan berhubung dakwaan rasuah melibatkan rancangan tebatan banjir bernilai lebih RM16 bilion. 

Ahli Jawatankuasa Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Che’gu Bard berkata, kes ketirisan itu didakwa melibatkan  syarikat guaman di Klang dan Batang Kali, Selangor dalam perjanjian projek tebatan banjir ini.

Dakwa beliau, pihaknya akan menyerahkan kepada piahk polis senarai syarikat guaman yang terlibat.

“Syarikat yang memperoleh projek berkenaan perlu membayar komisen setinggi lapan peratus dan wang itu dimasukkan dari syarikat kepada akaun peguam sebelum diberi kepada individu atau syarikat yang menjadi proksi,” katanya dalam sidang akhbar di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini hari ini.

Beliau berkata, siasatan itu perlu dilakukan bagi membongkar pembayaran bernilai ratusan hingga bilion ringgit antara proksi yang membuat perjanjian agar dibayar ‘fi perunding cara’ kepada seorang individu yang didakwa menerima puluhan juta ringgit.

Dakwa Che’gu Bard, individu ini ialah seorang pemandu di sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor.

“Kita akan serah bukti dokumen kepada pihak polis. 

“Pihak polis diminta siasat perkara ini. Bagi kes tebatan ini, hampir RM1 bilion daripada RM16 bilion kebocoran dikesan di mana ia sangat kritikal, rasuah bukan sahaja membiak tapi seolah halal,” ujarnya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN