Penyatuan Pas, UMNO kukuhkan perpaduan ummah

Penyatuan Pas, UMNO kukuhkan perpaduan ummah

AHMAD Yakob (dua kanan) semasa menghadiri Majlis Apresiasi 100 Hari Pentadbiran Kerajaan Negeri dan Pelancaran Dokumen Induk Penghayatan Membangun Bersama Islam (PMBI) 2023-2033 di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Penyatuan Pas dengan UMNO serta parti-parti Melayu lain mampu mengukuhkan lagi perpaduan ummah di negara ini.

Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob berkata, penyatuan semua parti politik berteraskan Islam dan Melayu amat penting sekali gus mengukuhkan lagi kedudukan bangsa Melayu.

“Usaha itu amat baik tetapi penuh cabaran. Insya-Allah kalau semua pihak dapat merasakan bahawa pentingnya perpaduan semua parti-parti Melayu dan Islam, saya rasa ia suatu jalan yang amat baik.

“Kita tidak kira sama ada UMNO atau mana-mana parti tetapi yang pentingnya perlu ada kefahaman dan kesedaran ke arah itu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Apresiasi 100 Hari Pentadbiran Kerajaan Negeri dan Pelancaran Dokumen Induk Penghayatan Membangun Bersama Islam (PMBI) 2023-2033 di Kompleks Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Pesuruhjaya  Pas Kelantan itu memberitahu, parti itu pernah menyelamatkan UMNO sebelum ini dan menjadi harapan besar untuk kedua-dua parti kembali bekerjasama.

“Walaupun sesetengah pihak mendakwa semangat kebersamaan itu sudah hilang namun ia masih boleh diselamatkan. Bagi kepentingan Melayu dan Islam kita boleh panggil sesiapa sahaja untuk bersama kita demi kekuatan ummah. Dari segi ummah, perpaduan dan kesatuan kita perlu kepada penyatuan serta sokongan orang Melayu,” ujarnya.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, Pas sentiasa terbuka menerima UMNO bersama dalam Perikatan Nasional (PN) demi semangat penyatuan ummah sekali gus bakal menguatkan lagi gabungan berkenaan.

Bagaimanapun, beberapa pe­mim­pin UMNO bukan sahaja me­no­lak tawaran Pas malah meng­anggap parti itu bagaikan gila talak’ mahu ‘merujuk’ semula.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin berkata, Pas tidak pernah menutup pintu atau rundingan kerjasama dengan UMNO dan tidak pernah meng­anggap parti itu sebagai musuh. UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×