Mangsa banjir di Pasir Mas makin menurun

Mangsa banjir di Pasir Mas makin menurun

ANGGOTA polis turun padang memantau situasi banjir di Kampung Serongga, Pasir Mas, Kelantan-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Jumlah mangsa banjir di jajahan Pasir Mas makin menurun apabila seramai 2,338 mangsa masih berlindung di sembilan buah pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 8 pagi tadi.

Penurunan 308 mangsa itu susulan cuaca yang semakin bertambah baik ketika ini.

Menurut Sekretariat Pengurusan Bencana negeri kesemua mangsa itu dari 756 buah keluarga.

“Sembilan PPS itu adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tok Deh, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Baroh Pial, SK Gual Periok, Masjid Mukim Padang Licin, SK Gual Tinggi, SK Sri Kiambang, SMK Gual Periok, Madrasah Tasek Bakong dan SK Kedai Tanjong.

“Kesemua sungai-sungai utama di negeri ini berada di paras normal kecuali Sungai Golok, Rantau Panjang yang masih berada di tahap amaran.

“Bagaimanapun, tren paras air Sungai Golok di Rantau Panjang semakin menurun berbanding semalam,” katanya.

Sementara itu, paras air Sungai Golok di Kuala Jambu semakin menurun walaupun masih berada pada tahap berjaga-jaga.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN