Parti Wawasan Negara perkukuh jentera hadapi PRN Negeri Sembilan

Parti Wawasan Negara perkukuh jentera hadapi PRN Negeri Sembilan

SAIFUDDIN NASUTION
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Parti Wawasan Negara memperkemas persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan menerusi pelantikan penyelaras negeri, selain memperkukuh penyelarasan bersama Perikatan Nasional (PN).

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, langkah itu mencerminkan kesungguhan parti membina jentera yang tersusun, dinamik dan bersedia sepenuhnya bagi menghadapi pilihan raya berkenaan.

Beliau berkata, keputusan menyertai PRN Negeri Sembilan dibuat dalam mesyuarat sulung Jawatankuasa Pusat parti dipengerusikan Presidennya, Datuk Seri Hamzah Zainudin, semalam.

Katanya, Wawasan Negara bertekad menawarkan kepimpinan berjiwa rakyat, berintegriti dan berwibawa kerana negeri berkenaan memerlukan gelombang perubahan yang besar.

“Berteraskan Agenda RESET dan Gagasan Konsensus Nasional Baharu, penyertaan Wawasan Negara dalam PRN Negeri Sembilan mencerminkan kesediaan parti untuk memperluaskan khidmat serta memperkukuh peranan kami dalam membina landskap politik lebih matang, progresif dan segar kepada rakyat.

“Pada masa sama, Wawasan Negara juga amat-amat komited untuk menjadi wadah dan jambatan yang menyatukan kekuatan rakyat, menawarkan dasar yang berpandangan jauh serta membina sebuah Malaysia yang lebih stabil, berintegriti dan makmur,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, Wawasan Negara mengalu-alukan pelantikan bekas Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Hazani Ghazali sebagai Ahli Jawatankuasa Pusat parti yang baharu.

Katanya, pengalaman luas beliau dalam keselamatan dan pentadbiran awam diyakini akan memperkukuh serta memberi nilai tambah kepada parti. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN