PETALING JAYA: Lima syarikat yang membentuk ‘kartel makanan ayam’ untuk tujuan menetapkan harga, sekali gus membawa kesan kepada harga ayam di pasaran dikenakan denda sebanyak RM415.5 juta oleh Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC). Syarikat-syarikat tersebut adalah Leong Hup Feedmill Malaysia Sdn. Bhd. (Leong Hup), FFM Berhad (FFM), Gold Coin Feedmills (Malaysia) Sdn. Bhd. (Gold Coin), Dindings Poultry Development Centre Sdn. Bhd. (Dindings) dan PK Agro-Industrial Products (M) Sdn. Bhd. (PK Agro).…