Jumlah mangsa banjir Pasir Mas terus menurun

Jumlah mangsa banjir Pasir Mas terus menurun

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Cuaca yang baik ketika ini menyaksikan jumlah mangsa di jajahan Pasir Mas berkurangan kepada 2,096 berbanding 2,339 pada pagi tadi.

Menurut InfoBencanaJKM setakat pukul 2 petang tadi seramai 243 mangsa banjir telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

“Kesemua mangsa banjir yang masih berlindung di tujuh buah pusat pemindahan sementara (PPS) dari 692 keluarga.

“Antara PPS yang masih aktif menempatkan mangsa banjir ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tok Deh, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Baroh Pial, SK Gual Periok, Masjid Mukim Padang Licin dan SK Sri Kiambang, SMK Gual Periok dan SK Kedai Tanjong,” katanya.

Sementara itu, sesemua sungai-sungai utama di negeri ini berada di paras normal kecuali Sungai Golok, Rantau Panjang yang masih berada di tahap amaran.

Bagaimanapun, tren paras air Sungai Golok itu semakin menurun hari ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN