Hampir RM74 juta atasi masalah bekalan air Pahang - Utusan Malaysia

Hampir RM74 juta atasi masalah bekalan air Pahang

WAN ROSDY Wan Ismail ketika menjawab soalan berkaitan Projek Bekalan Air Pahang pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Wisma Sri Pahang di Kuantan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Hampir RM74 juta disalurkan oleh kerajaan Pahang bagi mengatasi masalah bekalan air yang dihadapi rakyat di seluruh negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, peruntukan itu membabitkan pelaksanaan 17 projek bekalan air antaranya di Lipis, Bentong, Temerloh, Raub dan Kuantan.

Beliau berkata, untuk fasa pertama bagi tempoh 2021 hingga 2026, 217 projek disenaraikan di bawah Projek Pembangunan Bekalan Air Negeri.

“Daripada jumlah itu, 93 projek sudah siap, 37 projek dalam pembinaan dan 87 projek dalam fasa pembinaan,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Andansura Rabu (Pas-Beserah) pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.

Wan Rosdy berkata, kerajaan negeri mensasarkan perkembangan sehingga 90 peratus daripada keseluruhan projek tersebut selesai menjelang 2026.

Apabila ditanya jangkaan selesai projek pembinaan tangki sedutan dan rumah pam di Taman Batu Hitam di sini, beliau memberitahu, projek berkenaan masih di peringkat lantikan perunding yang akan dilaksanakan oleh pihak Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB).

Tambahnya, projek yang dijangka bermula pertengahan 2024 itu bakal siap pada akhir 2025 dan melibatkan kos sebanyak RM17.8 juta.

“Pelaksanaannya dijangka dapat memberi manfaat kepada 3,900 akaun pengguna di kawasan Kampung Darat Sekolah, Kampung Jeram, Kampung Bukit Gelugor dan Taman Batu Hitam,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya