PETALING JAYA: Kerajaan perlu meneliti satu bentuk mekanisme sesuai atau undang-undang baharu bagi menggantikan Seksyen 498 Kanun Keseksaan yang dimansuhkan oleh Mahkamah Persekutuan minggu lalu, bagi memelihara institusi perkahwinan. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Majlis Profesor Negara (MPN), Prof. Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, keputusan mahkamah itu menimbulkan polemik mengenai isu kesamarataan jantina dengan isu meraikan kemurnian dan keutamaan institusi keluarga. Menurut beliau, ini…