PETALING JAYA: Peningkatan kes Covid-19 yang direkodkan dalam tempoh seminggu bermula 19 hingga 25 November di negara ini terkawal dan tidak membebankan fasiliti kesihatan. Bagaimanapun, Kementerian Kesihatan menasihatkan golongan berisiko seperti warga emas dan kanak-kanak mengambil langkah waspada terutama memakai pelitup muka ketika berada di tempat awam. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni berkata, golongan berisiko tinggi membabitkan kalangan warga emas yang berumur 60 tahun dan ke atas serta mempunyai penyakit. “Pesakit yang menghidap penyakit kronik dan mempunyai daya tahan badan yang rendah lebih mudah dijangkiti…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya