GUA MUSANG: Pengunjung di Taman Tasik Gua Musang, Bandar Baru di sini rimas dan bimbang dengan kehadiran babi dari kawasan hutan berhampiran yang mengorek tanah untuk mencari makan di kawasan rekreasi tersebut sejak setahun lalu. Beberapa ekor babi dipercayai masuk ke taman rekreasi itu pada waktu lewat petang dan malam untuk mengorek tanah untuk mencari cacing terutamanya di kawasan taman permainan. Seorang pengunjung, Mohd. Jamil Jaafar, 41, berkata, keadaan tanah…










