PAPAR: Pendedahan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) berhubung penglibatan lima syarikat membentuk ‘kartel makanan ayam’ membuka ruang kepada tindakan undang-undang terhadap beberapa lagi kes yang sedang disiasat. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, kementerian itu menerusi MyCC sedang menjalankan siasatan terhadap beberapa lagi kes yang bukan hanya membabitkan kartel tetapi tipuan bidaan. Beliau bagaimanapun tidak memperincikan kes berkenaan. Katanya, peranan MyCC pada tahun depan…