5.76 tan mangga mengandungi serangga perosak dirampas

5.76 tan mangga mengandungi serangga perosak dirampas

MANGGA yang mengandungi serangga perosak di rampas oleh Maqis hasil pemeriksaan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang, Kelantan semalam-IHSAN MAQIS KELANTAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Kelantan merampas 5.76 tan mangga yang diimport dari negara jiran selepas dipercayai mengandungi serangga perosak.

Pengarahnya, Syed Fuad Syed Putra berkata, rampasan mangga dari spesies mango pulp weevil (Sternochetus Frigidus) dilakukan hasil pemeriksaan keatas  konsainan buah tersebut di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang.

“Pemeriksaan lanjut mendapati mangsa dari negara jiran itu mempunyai serangga perosak.

“Tindakan menahan buah tersebut  bertujuan menghalang dan mengawal kemasukan serangga perosak yang boleh melumpuhkan industri pertanian negara terutamanya tanaman mangga tempatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Syed Fuad memberitahu, kesemua barang dagangan itu telah ditahan untuk siasatan lanjut.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 14, Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN