Tiga lelaki Indonesia didakwa seludup migran

Tiga lelaki Indonesia didakwa seludup migran

TIGA orang lelaki warga Indonesia dibawa ke Mahkamah Sesyen Seremban hari ini bagi didakwa atas pertuduhan melakukan penyeludupan migran melibatkan 26 warga asing di perairan Malaysia pada 4 November lalu.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Tiga orang lelaki warga Indonesia didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban hari ini atas pertuduhan melakukan penyeludupan migran melibatkan 26 warga asing di perairan Malaysia pada 4 November lalu. 

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Dani, 38, Umar Bakri Ramli, 48 dan Rizal, 31, setelah pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Datin Surita Budin.

Mengikut pertuduhan, mereka secara bersama didakwa melakukan penyeludupan migran 26 warga asing di kedudukan garis lintang 02 darjah 22.80 minit utara dan garis bujur 101 darjah 42.97 minit timur dalam perairan Malaysia pada jarak 9.6 batu nautika dengan daratan terhampir Port Dickson. 

Kesalahan itu dilakukan lebih kurang 12.20 pagi di sebuah bot gentian kaca tanpa nombor pendaftaran pada 4 November lalu.

Sehubungan itu, mereka didakwa telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 26 Akta Anti Pemerdagangan Migran 2007(Akta 670) yang boleh dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan 

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda atau kedua-duanya. 

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Agensi Penguatkuasaan Maritim (APM), Amir Saifullah Mohammad Sallehuddin tidak menawarkan sebarang jaminan. 

Mahkamah kemudian menetapkan 26 Disember untuk kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi. –UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya