Tiada kejadian tanah runtuh di Terowong Genting Sempah - Utusan Malaysia

Tiada kejadian tanah runtuh di Terowong Genting Sempah

TANGKAP layar kejadian tanah runtuh yang tular di pintu masuk Terowong Genting Sempah berdekatan Bentong. - VIDEO/IHSAN IPD BENTONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Tidak berlaku kejadian tanah runtuh di Terowong Genting Sempah di sini seperti dipaparkan dalam sebuah video yang tular sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, beliau pernah melihat rakaman kejadian sama sebelum ini dipercayai berlaku di luar negara.

“Saya pun tidak pasti kejadian yang dipaparkan menerusi video itu tular di media sosial sejak semalam.

“Apa yang saya boleh jelaskan sehingga kini lokasi di Genting Sempah, iaitu di pintu masuk kedua-dua hala terowong tersebut terpampang gambar Yang di-Pertuan Agong (Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah). Jadi paparan video ini bukan berlaku di sini,” katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini hari ini.

Menurut Zaiham, berikutan kejadian yang tular itu, polis di sini menafikan berlaku tanah runtuh di pintu masuk ke Terowong Genting Sempah dan tidak ada sebarang kejadian yang berlaku sehingga ini.

Ujarnya lagi, sebelum ini beliau juga pernah menerima video lama yang tular tentang banjir di Lebuh Raya Karak yang mana kejadian itu berlaku pada Disember 2021. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya