Saudi Aramco, Petronas mesyuarat di Malaysia tahun depan - PM - Utusan Malaysia

Saudi Aramco, Petronas mesyuarat di Malaysia tahun depan – PM

ANWAR Ibrahim (tengah) bergambar kenangan bersama warga kerja Petronas semasa hadir pada Sesi Ramah Mesra Perdana Menteri Bersama Warga Kerja Petronas Pantai Timur di Kompleks Petronas Pantai Timur, Kerteh di Kemaman, Terengganu. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, syarikat minyak dan gas terbesar di dunia, Saudi Aramco yang komited untuk memperluas fasilitinya di Kompleks Bersepadu Pengerang, Johor, supaya menjadi hab terbesar di Asia Tenggara akan bermesyuarat di negara ini tahun depan.

Ia sekali gus menjadi penghargaan bukan sahaja kepada negara ini malah Petronas yang bakal menerima kunjungan delegasi syarikat minyak dan gas terbesar di dunia itu.

Perdana Menteri berkata, mesyuarat Lembaga Saudi Aramco itu akan melibatkan syarikat terbabit dan Petroliam Nasional Bhd. (Petronas).

“Ini maksudnya apa? Ia cabaran kepada Petronas untuk mempertahankan integriti dan mencari hala tuju baru dalam perniagaan dijalankan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sesi Ramah Mesra Perdana Menteri Bersama Warga Kerja Petronas Pantai Timur di Kompleks Petronas Pantai Timur di sini hari ini.

Sebelum ini, Saudi Aramco sudah menyuarakan hasrat menjadikan Malaysia sebagai hab perkembangan minyak dan gas Arab Saudi di rantau Asia Tenggara.

Perluasan fasiliti syarikat tersebut adalah dengan menambah aktiviti hiliran petrokimia dan gas.

Fortune Global 500 pada 2021 menyenaraikan Saudi Aramco di tempat keenam teratas sebagai syarikat paling untung di dunia, dengan perolehan berjumlah AS$105 bilion (AS$1=RM4.77). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya