PETALING JAYA: Pengalaman luas dalam kepimpinan dan aura ‘abah’ adalah alasan mengapa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) perlu mempertahankan Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak melepaskan jawatan presiden kepada pemimpin lain. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Srikandi Muda Bersatu, Nurul Fadzilah Kamaluddin berkata, itu bukan bermaksud Bersatu tidak mempunyai pemimpin lain tetapi pengalaman beliau masih diperlukan terutama dalam waktu getir seperti sekarang. “Tan Sri (Muhyiddin) juga mempunyai aura ‘abah’ yang…










