Pencemaran diesel, LRA Sungai Linggi henti operasi sementara waktu - Utusan Malaysia

Pencemaran diesel, LRA Sungai Linggi henti operasi sementara waktu

PEGAWAI JAS memantau keadaan permukaan air Sungai Linggi di Jalan Loji Air, Kampung Kuala Sawah Pasir, Rantau selepas terdapat aduan air sungai tersebut berbau diesel di muka sauk LRA Sungai Linggi petang tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Operasi Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Linggi di sini terpaksa dihentikan buat sementara waktu selepas terdapat aduan air Sungai Linggi di muka sauk LRA tersebut berbau diesel petang tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S. Veerapan berkata, pihaknya telah mendapat aduan dari Badan Kawal Selia Air (BKSA) berkaitan masalah tersebut pada pukul 4 petang tadi.

“Siasatan Jabatan Alam Sekitar (JAS) bersama agensi lain di loji rawatan air itu mendapati aduan berkenaan berasas dengan kadar bacaan bau pada pukul 5 petang adalah pada bacaan enam ton dan bacaan mula menurun kepada dua ton pada pukul 7 malam.

“Sebagai langkah kawalan, pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah memasang oil boom di muka sauk loji sebagai langkah pencegahan minyak diesel dari memasuki loji rawatan air.

“Sehingga kini LRA Sungai Linggi masih belum menyambung operasi dan pihak Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) sedang memantau keadaan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Veerapan berkata, pemantau JAS pada pukul 7 malam tadi mendapati kesan minyak dipermukaan air sungai telah tiada dan siasatan lanjut mengenal pasti punca akan disambung pukul 7 pagi esok,” katanya.

Sementara itu, SAINS menerusi hebahan memaklumkan, pemberhentian operasi LRA Sungai Linggi buat sementara itu telah menyebabkan gangguan bekalan air berlaku di sebahagian kawasan Port Dickson.

Kawasan terlibat adalah sebahagian kawasan Batu 6 Jalan Pantai, Batu 4 Jalan Pantai, Jalan Sua Betong, Air Kuning, Tampin Linggi sehingga sekitar kawasan Pekan Port Dickson. 

Selain itu, gangguan bekalan air turut berlaku di kawasan Pekan Port Dickson sehingga ke kawasan Lukut dan turut terlibat dari Simpang Bukit Palong, Chuah, Bukit Pelandok sehingga Tanah Merah Site A.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya