Op Patuh Bersepadu: JPJ Selangor keluar 5,978 notis pelbagai kesalahan - Utusan Malaysia

Op Patuh Bersepadu: JPJ Selangor keluar 5,978 notis pelbagai kesalahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)  mengeluarkan 5,978 notis atas pelbagai kesalahan dalam Op Patuh Bersepadu di seluruh Selangor sejak 1 November hingga semalam.

Sepanjang tempoh itu juga, sebanyak 11,650 kenderaan membaitkan  lori, bas, kereta dan motosikal diperiksa.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, Azrin Borhan berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 1,992 kenderaan diambil tindakan dengan 5,978 notis atas pelbagai kesalahan.

“Kesalahan paling tinggi dikesan dalam operasi terbabit adalah kesalahan teknikal yang merekodkan 1,770 notis diikuti kesalahan tiada lesen memandu dan cukai jalan tamat tempoh dengan 1,220 notis.

“Antara alasan tidak tahu salah melakukan ubah suai kenderaan sekali gus menunjukkan sikap sambil lewa mereka terhadap undang-undang,” katanya di sini.

Mengulas lanjut, kata beliau, seramai 106 pegawai dan anggota penguat kuasa terdiri daripada JPJ, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Alam Sekitar (JAS) terbabit dalam operasi itu.

Azrin berkata, operasi itu dijalankan di seluruh Selangor selama sebulan bermula 1 hingga 31 November dengan penugasannya  memberi fokus kepada empat jenis operasi.

“Ada empat operasi yang kita fokus dalam operasi ini adalah Op Motosikal atau Op Pemandu Warga Asing, Op Kenderaan Perkhidmatan Barangan (KPB) dan Kenderaan Perkhidmatan Awam (KPA) serta Op Lebuhraya, Op Teknikal atau Op Puspakom (Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer).

“Objektif Op Patuh Bersepadu untuk memaksimumkan pematuhan piawaian teknikal dan keselamatan kenderaan yang digunakan pengendali motosikal serta pemandu kenderaan bagi membudayakan pematuhan undang-undang,” kata beliau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN