Masih ramai pekebun kecil lemah dalam aspek pembajaan - Utusan Malaysia

Masih ramai pekebun kecil lemah dalam aspek pembajaan

ALIASAK Ambia ketika berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Dwitahunan PKPKM Ke-24 di Port Dickson semalam.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Persatuan Kebangsaan Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia (PKPKM) meminta supaya agensi yang terlibat secara langsung dengan pekebun kecil di negara ini seperti Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) untuk terus membantu meningkatkan pengetahuan golongan tersebut berkaitan aspek pembajaan yang betul.

Presiden PKPKM, Datuk Aliasak Ambia berkata, pihaknya mendapati masih terdapat kelemahan di peringkat pekebun kecil berkaitan pembajaan termasuk proses tunjuk ajar oleh agensi terbabit sehingga menjejaskan usaha bagi mendapatkan hasil yang maksimum.

“Ada dua masalah dihadapi oleh pekebun kecil dalam aspek pembajaan iaitu baja yang diberi kadangkala adalah tidak cukup, ramai pekebun kecil kata mereka tidak dapat baja, kemudian yang kedua, apabila dapat baja tetapi pengetahuan pembajaan cukup lemah.

“Saya merayu kepada MPOB dan agensi lain berkaitan supaya kerja rapat dengan pihak persatuan supaya dapat menolong dengan memberi tunjuk ajar mengenai pembajaan kelapa sawit dan getah, itu yang penting, tidak hanya jika jenis baja salah ditukar kepada baja jenis yang lain, pekebun kecil mahu lebih daripada itu, iaitu tunjuk ajar.

“Bukan hanya beri baja sahaja tetapi untuk memastikan baja dapat digunakan dengan betul dan sebaiknya,” katanya pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Dwitahunan PKPKM Ke-24 di sini semalam.

Majlis berkenaan dirasmikan oleh Exco Kanan Kerajaan Negeri Sembilan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup negeri, Datuk Seri Jalaluddin Alias.

Aliasak dalam pada itu menambah, kelemahan daripada segi pembajaan oleh pekebun kecil akan menyebabkan baja yang diberi tidak dapat digunakan secara optimum sekali gus menyebabkan berlakunya pembaziran.

“Pekebun-pekebun kecil ini mesti diajar sampai dapat jangan hanya sekadar ‘tunjuk-tunjuk’ sahaja akhirnya tiada perubahan, ini menyebabkan banyak berlakunya pembaziran baja. Betul memang ada tunjuk ajar pembajaan diberikan namun yang menerimanya (pekebun kecil) masih ada yang tidak jelas,” katanya lagi.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya