Lima bintang United ‘tidur’ – Neville

Lima bintang United ‘tidur’ – Neville

PENYERANG Manchester United, Marcus Rashford mengeluarkan bola dari kawasan bahaya dalam aksi menentang Newcastle United di Old Trafford. kelmarin. United tewas 0-3. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Gary Neville menyelar lima pemain Manchester United kerana didakwa ‘tidur’ dalam kekalahan yang memalukan dalam Piala Liga, kelmarin.

The Red Devils tewas 3-0 di tempat sendiri kepada Newcastle, kekalahan kali kedua dalam masa tiga hari selepas tumbang kepada Manchester City di Old Trafford, Ahad lalu.

Miguel Almiron, Lewis Hall dan Joe Willock menghadirkan peluang untuk pasukan Eddie Howe menyerang barisan pertahanan Erik ten Hag.

Neville mengecam lima pemain United kerana membiarkan serangan Hall merobek gawang pada minit ke-37, menjadikan Newcastle mendahului 2-0.

Selepas pengadil Robert Jones meniup wisel, Harry Maguire, Casemiro, Mason Mount, Anthony Martial dan Hannibal Mejbri semuanya kelihatan merungut apabila Matt Richie meluru untuk melakukan sepakan percuma.

Melihat lawan leka, Newcastle mengambil kesempatan meletakkan Joe Willock di belakang pertahanan dan melakukan rembatan ke sudut kanan pada minit ke-60.
Pada saat itu, Newcastle selesa mendahului 3-0.

“Jika kita kembali kepada sepakan percuma di sini, lihatlah lima pemain itu. Tengoklah mereka.

“Mereka hanya tidur, mereka mengadu kepada pengadil, merengek. Semasa sedang merengek, Newcastle pula menang.

Itu adalah serangan yang hebat. Lewis Hall ialah bakat besar, dia melakukan voli yang terkawal dan lancar. Sebaik saja sepakan percuma diberikan, mereka berlima berpu­sing dan menyerang pe­ngadil. Ini sikap budak sekolah, macam 9 tahun,” kata Neville. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya