Lada solok, kailan naik RM4 hingga RM8 sekilogram - Utusan Malaysia

Lada solok, kailan naik RM4 hingga RM8 sekilogram

ASMALIZA Ismail melayan pelanggan yang membeli sayur di gerainya di Pasar Berek 12, Kota Bharu, Kelantan semalam. – UTUSAN/ ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Harga beberapa jenis sayur-sayuran masih stabil kecuali lada solok dan kailan yang naik antara RM4 hingga RM8 satu kilogram (kg) sejak seminggu lalu.

Tinjauan Utusan Malaysia di Pasar Berek 12, mendapati lada solok dijual dengan harga RM18 hingga RM20 sekilogram berbanding sebelum ini RM16 sekilo­gram sementara kailan RM10 hingga RM15 sekilogram berbanding RM6 hingga RM7 sekilogram.

Seorang peniaga, Asmaliza Ismail, 49, berkata, kenaikan harga lada hijau berlaku kemungkinan kerana sukar mendapat bekalan selain faktor permintaan tinggi pelanggan.

Katanya, dia dan peniaga lain juga bingung dengan harga sayur-sayuran yang sering kali turun naik, namun, tetap menjualnya kerana masih mendapat permintaan pelanggan.

“Tapi berbeza dengan sawi masih kekal dijual RM4 hingga RM5 satu kg manakala timun batang RM3.50 satu kg dan kubis bulat RM5 satu kg.

“Kebiasaan bekalan sayur-sayuran akan diambil dari Pasar Siti Khadijah di sini,” katanya di sini semalam.

Seorang lagi peniaga, Amy, 25, berkata, situasi sekarang beberapa harga sayur tidak menentu ketika ini mungkin kerana faktor cuaca.

Katanya, setakat ini, keba­nyakan harga sayur masih lagi stabil kecuali lada solok dan kailan sahaja.

“Sebagai peniaga, saya berharap sangat harga sayur tidak meningkat kerana ia turut membebankan pengguna,” katanya.

Sementara itu, seorang peniaga ayam, Siti Esah Deraman, 65, berkata, harga ayam ketika ini dijual RM8.50 sekilogram berbanding minggu lalu RM8.

“Jika ayam yang diambil de­ngan pemborong mahal, peniaga terpaksa menjualnya sedikit mahal, namun harga sekarang masih stabil,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN