15 November 2006: Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar didakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam atas tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shariibuu.
7 Jun 2007: Hari pertama perbicaraan Azilah dan Sirul Azhar di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

31 Oktober 2008: Mahkamah Tinggi Jenayah memerintahkan seorang lagi tertuduh, Abdul Razak Baginda dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan berkenaan tanpa perlu dipanggil membela diri.
9 April 2009: Mahkamah Tinggi Shah Alam mengenakan hukuman gantung sampai mati terhadap Azilah dan Sirul Azhar.
10 dan 13 April 2009: Azilah dan Sirul Azhar memfailkan notis rayuan bagi sabitan dan hukuman.
11 Jun 2013: Mahkamah Rayuan mendengar permohonan rayuan selama tiga hari.
23 Ogos 2013: Mahkamah Rayuan memerintahkan Azilah dan Sirul Azhar dilepas dan dibebaskan.
23 Jun 2014: Mahkamah Persekutuan mendengar rayuan pihak pendakwaan selama tiga hari.
25 Jun 2014: Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria menangguhkan keputusan mereka terhadap rayuan pendakwaan.
Oktober 2014: Polis mengesahkan Sirul Azhar melarikan diri ke Australia ketika kes itu masih lagi dalam rayuan dan tidak pulang ketika hukuman dijatuhkan oleh Mahkamah Persekutuan.
2014-2023: Sirul Azhar dalam Pusat Tahanan Imigresen Villawood di Sydney, Australia.
13 Januari 2015: Mahkamah Persekutuan mengetepikan keputusan membebaskan Sirul Azhar dan Azilah dan mengekalkan hukuman mati yang diputuskan Mahkamah Tinggi. Sirul Azhar tidak hadir ke mahkamah bagi mendengar keputusan kes itu.
Januari 2015: Sirul Azhar ditahan oleh pihak berkuasa Australia susulan notis merah Interpol dan tinggal lebih masa di negara itu. Bagaimanapun, Australia tidak dapat mengekstradisi Sirul Azhar ke Malaysia kerana dasar negara itu tidak menghantar pulang individu yang menghadapi hukuman mati ke negara asal mereka.
8 November 2023: Mahkamah Tinggi Australia memutuskan penahanan imigresen tanpa tempoh ditetapkan adalah bertentangan undang-undang. Ini dilaporkan mengakibatkan pembebasan 92 orang termasuk Sirul.
11 November 2023: Sirul Azhar dibebaskan dari Pusat Tahanan Imigresen Villawood di Sydney, Australia. – UTUSAN










