PETALING JAYA: Dakwaan terbaharu bekas anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Sirul Azhar Umar yang mengatakan dirinya dijadikan kambing hitam dalam kesalahan membunuh wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu tidak terpakai sebagai keterangan mahkamah. Sebarang kenyataan di luar mahkamah bukanlah satu bentuk keterangan yang boleh dijadikan hujah kes untuk melepaskan diri daripada sebarang pertuduhan. Bercakap kepada Utusan Malaysia, peguam kanan, Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, secara umumnya, definisi keterangan bermakna pernyataan bersumpah…










