Kenderaan perdagangan bawa muatan bahaya kesalahan utama dikesan JPJ - Utusan Malaysia

Kenderaan perdagangan bawa muatan bahaya kesalahan utama dikesan JPJ

ANTARA kenderaan yang dikenakan tindakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan sepanjang Operasi Khas Kenderaan Perdagangan (Kenderaan Perkhidmatan Barangan (KPB) dan Kenderaan Perkhidmatan Awam (KPA) bulan lalu.-GAMBAR/IHSAN JPJ NEGERI SEMBILAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Membawa muatan bahaya merupakan kesalahan utama dikesan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan sepanjang Operasi Khas Kenderaan Perdagangan (Kenderaan Perkhidmatan Barangan (KPB) dan Kenderaan Perkhidmatan Awam (KPA) bulan lalu. 

Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf berkata, sebanyak 3,992 notis saman melibatkan pelbagai kesalahan telah dikeluarkan daripada 30,467 kenderaan yang telah diperiksa dalam operasi bermula 1 hingga 31 Oktober 2023.

“Sebanyak 307 saman dikeluarkan daripada tujuh kesalahan utama yang diambil tindakan ke atas KPA dan KPB.

“Kesalahan tertinggi yang dicatatkan adalah kesalahan muatan bahaya iaitu sebanyak 138 kesalahan dengan sebanyak 47 buah kenderaan telah disita,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, kesalahan utama lain termasuk tidak memakai tali pinggang keledar 95 kes, menggunakan telefon bimbit (45), melanggar lampur isyarat (17), memotong barisan (10) dan memotong garis berkembar (2).

Tambahnya, daripada jumlah kenderaan diperiksa, 2,192 telah diambil pelbagai tindakan dengan sebanyak 6,413 notis dikeluarkan.

“929 daripadanya adalah kesalahan melibatkan kesalahan pelesenan pemandu, 868 kesalahan pelesenan kenderaan, 530 kesalahan utama dan 3,055 kesalahan teknikal kenderaan,” katanya.

Tambah beliau, penguatkuasaan khas itu diadakan bertujuan untuk memantau, mengesan dan mengambil tindakan ke atas pemandu dan juga pemilik kenderaan perdagangan yang gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Kaedah-Kaedah di bawahnya serta Akta Pengangkutan Awam Darat  (APAD) 2010.

Hanif Yusabra berkata, tumpuan utama adalah kepada tujuh kesalahan utama iaitu masalah lesen memandu, lesen kenderaan motor, insurans kenderaan dan kesalahan teknikal.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN