‘Dosa’ Marcus Rashford sudah dimaaf

‘Dosa’ Marcus Rashford sudah dimaaf

MARCUS RASHFORD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Pengurus Man­chester United, Erik ten Hag menganggap tindakan Marcus Rashford mengunjungi kelab malam hanya beberapa jam selepas mereka tewas kepada jiran setempat, Manchester City sesuatu yang tidak boleh diterima.

Bagaimanapun Ten Hag menjelaskan, pemain sayap itu sudah pun mengemukakan permohonan maaf.

Rashford, 26, bergelut dengan masalah prestasi apabila hanya mampu meledak satu gol sahaja daripada 14 perlawanan musim ini, tetapi dia masih dilihat mampu berpesta untuk sambutan majlis hari jadinya pada hari sama Red Devils tewas 0-3 kepada City.

“Saya tahu tentang perkara ini dan saya sudah berbincang dengannya. Bagi saya, ini adalah sesuatu yang tidak boleh saya terima, tetapi dia sudah pun memohon maaf.

Lain-lain hal akan diselesaikan secara dalaman,” jelas Ten Hag.

Ini bukan kali pertama Rashford ber­kelakuan tidak baik di bawah kendalian Ten Hag. Musim lalu, dia terlepas untuk membarisi kesebelasan utama pemain ketika menentang Wolves gara-gara terlajak tidur dan lewat tiba untuk mesyuarat pasukan.

Begitupun Ten Hag tetap mempertahankan Rashford dengan menyangkal dakwaan bahawa pemain itu tidak menepati kualiti yang dimahukannya.

“Bagi saya dakwaan itu tidak betul. Dia sesuai dengan polisi saya. Dia sangat bersemangat untuk melakukan perkara dengan betul. Saya tahu dia sedang berusaha dan dia bersama kami.

“Memang dia melakukan kesalahan tetapi itu tidak bermakna dia tidak sesuai de­ngan pasukan ini. Saya melihat dia berlatih setiap hari jadi saya tahu setiap tingkah lakunya, baik di dalam atau di luar padang. Saya percaya dia mahu melakukan perkara dengan betul untuk membantu pa­sukan dengan baik dan mencapai kemenangan,” tambah Ten Hag. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya