Beralih sokongan, hormati Akta Anti Lompat Parti-Mohd. Shafie

Beralih sokongan, hormati Akta Anti Lompat Parti-Mohd. Shafie

MOHD. SHAFIE APDAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: “Undang-undang Anti Lompat Parti perlu dihormati, jangan galakkan. Selaku kerajaan, kita tidak harus benarkan perkara ini terus berlaku,”.

Itu pandangan Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal mengenai trend ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) menyokong pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau, yang juga Presiden Parti Warisan (Warisan) berkata, trend sebegitu tidak harus dibiarkan berlaku kerana ia bukan cerminan kepada proses demokrasi di negara ini.

“Secara peribadi, saya berpendapat ia tidak patut digalakkan sebab saya percaya kepada mandat rakyat. Saya juga yakin setiap kawasan Parlimen akan ada peruntukan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

“Peruntukan bagi kemudahan pendidikan, kesihatan, bekalan elektrik memang sudah ada dalam RMK-12 dan bukan bererti kawasan Parlimen (pembangkang) akan ketinggalan, tidak diberikan peruntukan.

“Undang-undang Anti Lompat telah diwujudkan. Undang-undang dah ada jadi, jangan cemarkan undang-undang. Sekarang ada yang menyokong sana sini, bagi saya, jangan galakkan keadaan ini terus berlaku,” katanya selepas mesyuarat Wira Warisan, hari ini.

Mohd. Shafie berkata, jika ahli Parlimen ingin menjadi bipartisan seperti di negara Barat, mereka boleh menyokong usul-usul yang dibentangkan kerajaan sekiranya ia membabitkan kepentingan rakyat.

Mengulas lanjut katanya, mungkin sudah tiba masa untuk kerajaan memperhalusi kelompangan yang ada dalam Akta Anti Lompat Parti sedia ada agar apabila ahli Parlimen beralih sokongan dan melompat secara automatik pilihan raya perlu diadakan.

Jelasnya, beliau telah suarakan dalam Jawatankuasa Pemilih yang diwakili Timbalan Presiden, Datuk Darell Leiking bahawa ada sub-seksyen yang perlu ditambah baik.

Maka, undang-undang itu perlu diteliti semula agar rakyat tidak rasa teraniaya apabila mandat mereka dikhianati.

Sebelum ini, tiga Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) iaitu Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar); Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan) dan Mohd. Azizi Abu Naim (Gua Musang) mengumumkan menyokong kepimpinan Perdana Menteri.

Hari ini, seorang lagi Ahli Parlimen Bersatu iaitu Ahli Parlimen Jeli, Zahari Kechik turut mengumumkan menyokong pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Setakat ini, dua daripada empat Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) itu iaitu Iskandar Dzulkarnian dan Suhaili telah dikenakan tindakan penggantungan keahlian selama enam tahun oleh pimpinan Bersatu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya