Beli tong apung rumah, kedai ketika banjir - Utusan Malaysia

Beli tong apung rumah, kedai ketika banjir

WAN Musnizam Wan Stapa menunjukkan tong dipasang untuk mengapungkan kedai makannya ketika banjir di Kampung Bantal, Ulu Tembeling di Jerantut. – UTUSAN/HARIS FADILAH AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Penduduk mukim Ulu Tembeling di persisiran Su­ngai Tembeling dan Sungai Sepia di sini berbelanja RM10,000 hingga RM25,000 menyediakan tong dan membaik pulih kediaman masing-masing sebagai persiapan musim tengkujuh.

Sebilangan rumah, kedai makan dan kedai runcit dibina berdekatan sungai tersebut mudah dinaiki air setiap kali hujan lebat dan air sungai melimpah sehingga penduduk perlu bersedia dengan memasang tong supaya dapat mengapungkan rumah dan premis masing-masing.

Pengalaman bah merah 2014 dan banjir tahun berikutnya memaksa penduduk dan pemilik premis membuat persediaan awal bagi mengelakkan kerugian harta benda dan demi keselamatan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, penduduk Kampung Bantal, Wan Musnizam Wan Stapa, 48, berkata, dia sudah memasang 60 buah tong sebagai pelampung yang dibeli dengan harga RM55 sebuah ketika mula membina premis itu bagi mengelakkan tenggelam ketika banjir.

“Sudah beringat lebih awal ketika membina kedai ini, saya menggunakan tong pelampung dipasang di bawah lantai mampu bertahan dengan ancaman banjir.

“Kos pembinaan kedai sebelum ini dan menyediakan tong hampir RM25,000. Ini semua demi keselamatan ketika berdepan bencana banjir,” katanya yang ditemui di Kampung Bantal, Ulu Tembeling kira-kira 130 kilometer dari bandar ini di sini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN