600 penduduk ‘penat’ berebut lif setiap hari - Utusan Malaysia

600 penduduk ‘penat’ berebut lif setiap hari

KEADAAN lif rosak yang ditutup untuk kerja-kerja penyelenggaraan di kuarters penjawat awam Fasa 4B Presint 8, Putrajaya baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Lebih 600 penghuni kuarters penjawat awam Fasa 4B Presint 8, di sini mengeluh apabila setiap hari mereka terpaksa berebut satu lif yang berfungsi di setiap blok sejak setahun lalu

Lebih menyukarkan apabila mereka terpaksa berebut menggunakan lif yang hanya satu berfungsi bagi setiap empat blok lebih-lebih lagi pada waktu puncak setiap pagi dan petang ketika kebanyakan mereka mahu pergi dan pulang dari kerja dan sekolah.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi Blok C Fasa 4B Presint & Pengerusi KRT 4B(2), Bakhtiar Anuar Md. Amin berkata, keada­an lif dalam proses penyelenggaraan sejak awal tahun lalu, namun belum siap sehingga kini.

“Lif yang ada satu pun kadang-kadang rosak. Ini amat menyukarkan kami untuk turun dan naik ke kediaman masing-masing.

“Tidak ramai yang sanggup untuk memanjat tangga walaupun paling tinggi sembilan tingkat. Apatah lagi ada penghuni dalam kalangan warga emas dan mereka yang sakit,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata, situasi itu sudah dirujuk kepada pihak yang bertanggungjawab menguruskan penyelenggaraan, namun jawapannya bahawa masalah itu masih dalam tindakan tanpa menyatakan tempoh waktu dapat diselesaikan.

Katanya, penggunaan lif adalah keperluan mendesak, jadi pihak berkaitan sepatutnya menyegerakan pembaikan lif demi keselesaan pengguna.

“Kita tidak tahu berapa lama lagi nak tunggu lif ini pulih ke­dua-duanya. Saya harap pihak berkaitan mengambil serius dan memberikan keutamaan untuk mempercepatkan kerja-kerja pe­nyelenggaraan.

“Kita juga bimbang jika berlaku kes-kes kecemasan dan lif pula tidak boleh guna, sudah tentu ia boleh memberikan risiko kepada penduduk,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN