PETALING JAYA: Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) yang ditarik balik pembentangannya pada minggu pertama mesyuarat Dewan Rakyat minggu lalu, hanya akan dibawa semula ke Parlimen pada hujung November ini. Pembentangan RUU bagi bacaan kali kedua itu akan dibuat Kementerian Kesihatan (KKM) selepas ahli-ahli Dewan Rakyat selesai membahaskan RUU Perbekalan 2024 (Belanjawan 2024), yang dibentang Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Jumaat lalu. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni berkata, masih banyak masa untuk RUU itu diselesaikan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya