Rais Hussin dilantik CEO Mranti baharu

Rais Hussin dilantik CEO Mranti baharu

Rais Hussin Mohamed Ariff
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Rais Hussin Mohamed Ariff dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MRANTI Corporation Sdn. Bhd. yang baharu iaitu syarikat milik kerajaan (GLC) di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Beliau mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Dzuleira Abu Bakar yang meletak jawatan pada Jun lalu untuk memegang jawatan sebagai CEO SKS Airways pada 15 September lalu, syarikat penerbangan beroperasi di Pulau Redang dan Pulau Tioman.

Pelantikan Rais dimaklumkan dalam satu surat yang dikemukakan oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan).

“Sukacita dimaklumkan bahawa Menteri Kewangan (Diperbadankan) telah bersetuju dengan cadangan pelantikan Datuk Rais Hussin Mohamed Ariff bagi menggantikan Dzuleira Abu Bakar untuk tempoh dua tahun berkuat kuasa mulai tarikh yang akan ditentukan oleh pihak syarikat,” menurut surat tersebut.

Kali terakhir Rais memegang jawatan dalam kerajaan ialah pada 2020 apabila beliau berkhidmat sebagai Pengerusi Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) selama tiga tahun, agensi kerajaan di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital.

Walaupun sering terlibat dengan politik, Rais mempunyai pengalaman luas dalam bidang telekomunikasi dan teknologi dan keusahawanan.

Beliau memulakan kerjayanya bersama Telekom Malaysia pada 1993 dan pernah berkhidmat dengan syarikat telekomunikasi Kanada-Amerika, Teleglobe International sebagai Pengarah Urusan Serantau (Asia Pasifik).

Rais juga mempunyai pengalaman bersama syarikat MCI WorldCom sebagai Pengarah Eksekutif dan Pengurus Besar dan Axis Technologies sebagai Pengarah Eksekutif dan CEO.

Beliau juga merupakan Pengerusi Eksekutif dan CEO kepada GoldNet International serta kini berkhidmat sebagai Presiden dan CEO kepada badan pemikir dan penyelidikan, Emir Research.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya