PRK Pelangai: Dua beradik sanggup ambil cuti balik mengundi - Utusan Malaysia

PRK Pelangai: Dua beradik sanggup ambil cuti balik mengundi

SITI NORHAZIRAH Nasarudin (kanan) dan Siti Norhafizah (tengah) sanggup ambil cuti lebih awal semata-mata untuk balik mengundi pada PRK DUN Pelangai hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Dua beradik sanggup memohon cuti tahunan semata-semata untuk pulang ke kampung halaman bagi menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai hari ini.

Pekerja swasta, Siti Norhafizah Nasarudin, 25, berkata, dia memohon cuti bermula Jumaat lalu dan memandu sendiri untuk pulang ke Kampung lebih awal bagi mengelak kesesakan.

“Kalau ikutkan hari ni saya kena kerja, tapi saya minta cuti awal supaya dapat balik mengundi. Saya mohon cuti dua hari. Ini saya dah siap mengundi, lepas ni, saya nak balik ke Kuala Lumpur pula,” ujarnya ketika ditemui di Pusat Mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (LKTP) Felda Chemomoi di sini hari ini.

Sementara itu, adik kepada Siti Norhafizah, Siti Norhazirah, 24, yang merupakan warden asrama, turut memohon cuti awal agar tidak ketinggalan mengundi dan memilih wakil rakyat yang akan membawa kemajuan di DUN Pelangai.

“Atas dasar tanggungjawab, saya sepakat dengan kakak untuk balik awal. Selepas sudah tanggungjawab saya, dan ni pun nak balik ke Sungai Buloh sebab esok bekerja,” jelasnya.

Adiknya, Siti Norhaizah, 20, yang sedang mengikuti pembelajaran di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (Adtec) Jerantut juga berkesempatan pulang ke kampung menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi.

“Ini kali kedua kami mengundi sini, kali pertama semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu, dan semestinya perasaan teruja itu ada.

“Lebih mengujakan, kami bertiga datang bersama-sama, dan beratur di saluran yang sama. Kebetulan, pengundi dah tak ramai masa kami datang, jadi tak perlu tunggu lama,” ujar beliau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya