Perdana Menteri turun PRK Pelangai bukti gerak kerja PN berkesan - Saifuddin - Utusan Malaysia

Perdana Menteri turun PRK Pelangai bukti gerak kerja PN berkesan – Saifuddin

SAIFUDDIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Perikatan Nasional (PN) menyifatkan gerak kerja gabungan itu berjaya menggusarkan lawannya khususnya gabungan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut turun dalam siri kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai di sini.

Pengerusi PN Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, secara tradisinya, Perdana Menteri tidak akan turut serta dalam siri kempen PRK.

Beliau berkata, ia cukup sekadar timbalan perdana menteri dan menteri serta timbalan menteri Kabinet sahaja yang melakukan tugas terbabit.

“Jadi bila PM (Perdana Menteri) turun dalam PRK Pelangai, maknanya gerak kerja PN benar-benar berkesan semasa seminggu berkempen,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan di pasar malam Felda Chemomoi di sini.

Ahli Parlimen Indera Mahkota itu berkata, dahulu, pembangkang memang tiada peluang menang PRK tapi suasana politik ketika ini berbeza.

Ia juga katanya, tidak mustahil berlaku pada PRK Pelangai kali ini.

“(Kalau) dulu betullah, pembangkang tiada peluang untuk (menang dalam) setiap siri PRK.

“Tapi kita (pernah) ada sejarah di mana PRK dimenangi pembangkang walaupun menteri ramai turun, ini kerana rakyat Malaysia sudah matang untuk memilih,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya