Pemandu parkir lori tepi jalan sebelum dirempuh penunggang motosikal direman - Utusan Malaysia

Pemandu parkir lori tepi jalan sebelum dirempuh penunggang motosikal direman

Pemandu lori (dua, kanan) yang mendapat perintah tahanan reman dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Kemaman, hari ini. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN : Seorang pemandu lori yang disyaki terlibat dalam kemalangan maut melibatkan seorang tukang kebun, di Kilometer 5, Jalan Chukai-Air Putih berhampiran Petronas Binjai, semalam, ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini.

Perintah reman itu dibenarkan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin bagi membolehkan pihak polis melakukan siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, lelaki berusia 54 tahun itu ditahan kira-kira pukul 3 pagi tadi bagi membantu siasatan susulan kemalangan yang menyebabkan seorang penunggang motosikal, Muhammad Shah Iqbal Abd Rashid, 21, maut selepas merempuh lori suspek.

“Ketika kejadian, lori jenis Volvo yang dipandu suspek diparkir di bahu kiri jalan.

“Muhammad Shah Iqbal yang menunggang motosikal jenis Yamaha SM Sport 110, terlanggar bahagian belakang lori itu ketika sedang dalam perjalanan ke arah Chukai untuk ke sebuah kedai kotak,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Hanyan berkata, pemeriksaan urin terhadap suspek mendapati negatif dadah.

“Mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya