Masalah psikologi dalam kalangan kakitangan di IPTA terkawal

Masalah psikologi dalam kalangan kakitangan di IPTA terkawal

FAZIELAH Mohamad (kiri) melihat pameran berkaitan institusi pendidikan sambil diperhatikan Mohamad (tengah) pada Persidangan Psikologi dan Kaunseling Institut Pengajian Tinggi Peringkat Kebangsaan 2023 anjuran bersama Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di Kampus Kota, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan hari ini.- UTUSAN/ROSLIZA MOHAMED.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Masalah psikologi dalam kalangan kakitangan di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di negara ini berada dalam keadaan terkawal.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Psikologi Dan Kaunseling Staf Universiti Awam (JKPPsiKUA), Fazielah Mohamad berkata, setakat ini hanya lima peratus sahaja kakitangan yang dikesan mengalami masalah psikologi selepas serangan pandemik Covid -19 dua tahun lalu.

Menurutnya, kesemua individu yang terlibat itu akan mendapat khidmat rujukan dari  kaunselor profesional secara dalaman terlebih dahulu.

“Tekanan kerja, kewangan, keluarga dan kesihatan antara masalah yang dikesan menyumbang kepada perkara ini. Bagi meredakan perkara ini, kita telah merangka pelbagai program.

“Pada masa sama, kita turut memberikan kepada pelajar sekiranya mereka mengalami masalah sedemikian,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia pada Persidangan Psikologi dan Kaunseling Institut Pengajian Tinggi Peringkat Kebangsaan 2023  anjuran bersama Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di Kampus Kota di sini hari ini yang dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor UMK, Profesor Dr. Mohamad ismail.

Fazielah memberitahu, jika perkara itu berlaku pihaknya akan membantu dengan mendapat khidmat kepakaran kaunselor di IPTA tersebut.

Sementara itu, Mohamad memberitahu, persidangan bertujuan menelusuri perkongsian ilmu dan garapan idea berkaitan inisiatif membimbing melibatkan seluruh masyarakat.

Katanya, idealisme membimbing itu penting ketika masyarakat kini sering terpalit dengan isu-isu psikologi, kaunseling dan kesihatan mental.

“Justeru, persidangan ini nanti diharap mampu memberikan anjakan positif dalam memperkasa idealisma membimbing di kalangan peserta ke arah kesejahteraan masyarakat madani.

“Persidangan ini juga merupakan satu wadah perkongsian dalam aspek psikologi dan kaunseling dari segenap nusa. Saya  yakin dan percaya, persidangan ini akan menjadi acara tahun,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN