Lebih 160,000 isi rumah boleh dapat manfaat Skim Perubatan Madani di N. Sembilan - Utusan Malaysia

Lebih 160,000 isi rumah boleh dapat manfaat Skim Perubatan Madani di N. Sembilan

NICOLE Tan Lee Koon (tengah) bergambar bersama Dr. Ng Ming Lee (dua dari kiri) dan Dr. Kam San Dhit (dua dari kanan) selepas sidang akhbar mengenai Skim Perubatan Madani di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kepayang di Seremban hari ini.-UTUSAN/NAZARUDIN SHAHARI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Lebih 160,000 isi rumah dalam kalangan kumpulan berpendapatan 40 peratus terendah (B40) di negeri ini boleh memanfaatkan Skim Perubatan Madani yang telah dilancarkan oleh kerajaan sejak Jun lalu.

Tambahan lagi, penerima Sumbangan Tunai Rahmah kategori bujang dan warga emas tanpa pasangan turut layak menikmati manfaat yang sama.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepayang, Nicole Tan Lee Koon berkata, sebanyak 67 klinik swasta di negeri ini menawarkan skim berkenaan dengan sebahagian besar terletak di daerah ini.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan negeri berkata, skim itu menawarkan kredit sehingga RM250 setahun untuk seisi rumah, warga emas (RM125) dan bujang (RM70).

“Skim ini adalah selaras dengan konsep Malaysia Madani bertujuan membantu golongan yang memerlukan mendapatkan rawatan perubatan di klinik swasta.

“Ia akan membantu golongan ini yang sering berdepan masalah kesesakan di fasiliti kesihatan kerajaan,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kepayang di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Perubatan Kumpulan Alproclinic, Dr. Ng. Ming Lee dan Doktor Yang Bertanggungjawab bagi Alproclinic Seremban 2, Dr. Kam San Dhit.

Sidang akhbar itu bertujuan mengumumkan kerjasama awam-swasta membabitkan Kumpulan Perubatan Alproclinic di negeri ini yang terbabit dalam Skim Perubatan Madani.

Nicole berkata, kelayakan utama skim ini ialah penerima bantuan Skim Tunai Rahmah (STR) dan ia boleh disemak di laman web https://protecthealth.com.my/skimperubatanmadani-ms/ atau muat turun aplikasi Skim Perubatan Madani di telefon mudah alih.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya