Kadar Cukai Perkhidmatan, kerajaan 'cakap tak serupa bikin'-Pas

Kadar Cukai Perkhidmatan, kerajaan ‘cakap tak serupa bikin’-Pas

MOHD. Amar Nik Abdullah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pas menyifatkan keputusan Kerajaan Persekutuan untuk menaikkan kadar Cukai Perkhidmatan daripada enam kepada lapan peratus umpama ‘cakap tak serupa bikin’.

Naib Presidennya, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, tindakan itu secara tidak langsung menampakkan pendirian tidak konsisten kerajaan yang memimpin negara pada hari ini.

Menurutnya, pada masa sama ia turut tidak selari dengan apa yang diperjuangkan dan dilaungkan Pakatan Harapan (PH) di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu menjadi pembangkang dahulu.

“Ini masalahnya. Dulu mereka kritik Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sewaktu menjadi pembangkang kerana kadar enam peratus dianggap tinggi dan membebankan rakyat.

“Tiba-tiba mereka tukar kepada Cukai Perkhidmatan dengan kadar lapan peratus. Lebih tinggi daripada GST. Nampak betapa tidak konsisten kerajaan yang ada pada hari ini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui semasa ziarah rutin sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Panchor, di sini hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panchor itu menjelaskan, sikap tidak konsisten kerajaan pimpinan Anwar sebenarnya yang menjadi isu besar dan menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat.

“Waktu jadi pembangkang semua benda dikritik. Sekarang bila jadi kerajaan… benda yang dikritik itu dia buat.

“Jadi lebih pula dengan menaikkan kadar cukai kepada lapan peratus. Jadi nampak tak konsisten di situ. Inilah yang menjadi isu besar kepada kita sebagai rakyat. Cakap tak serupa bikin,” ujarnya.

Media sebelum ini melaporkan, kerajaan bercadang menaikkan kadar Cukai Perkhidmatan kepada 8.0 berbanding 6.0 peratus.

Anwar semasa pembentangan Belanjawan 2024 berkata, bagi tidak membebankan rakyat, peningkatan ini tidak termasuk perkhidmatan seperti makanan dan minuman serta telekomunikasi.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya