Idrus pengerusi Amanah Raya beruat kuasa hari ini - Utusan Malaysia

Idrus pengerusi Amanah Raya beruat kuasa hari ini

TAN SRI IDRUS HARUN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tan Sri Idrus Harun dilantik sebagai pengerusi Amanah Raya Berhad (Amanah Raya) berkuat kuasa hari ini.

Perkara itu diumumkan oleh syarikat milik penuh kerajaan dalam satu kenyataan.

Amanah Raya berkata, pihaknya yakin pengalaman luas bekas Peguam Negara dalam perkhidmatan perundangan selama 42 tahun mampu membawa syarikat itu ke tahap lebih tinggi.

Idrus dilantik menjadi Peguam Negara pada 6 Mac 2020 sehingga 6 September lalu. Beliau menggantikan Tommy Thomas yang meletak jawatan pada 28 Februari 2020. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN