BEIJING: Presiden China, Xi Jinping mengarahkan Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) menghantar enam buah kapal perang ke Asia Barat, termasuk kapal pemusnah peluru berpandu berikutan ketegangan yang semakin memuncak susulan konflik berterusan antara Palestin dan Israel. Menurut laporan South China Morning Post, antara enam kapal perang tersebut adalah kapal pemusnah peluru berpandu Zibo jenis 052D dan kapal Frigate Jingzhou. Pasukan tentera laut China sebelum ini terlibat dalam latihan ketenteraan bersama Oman. Pada 14 Oktober lalu, kesemua kapal perang itu meninggalkan perairan Muscat ke destinasi yang tidak didedahkan, menurut laporan media tempatan.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya