Undi awal capai 82 peratus setakat 2 petang - Utusan Malaysia

Undi awal capai 82 peratus setakat 2 petang

ANGGOTA polis wanita menunjukkan jari yang dicelup dakwat selepas mengundi awal di PPM Wilayah Dua, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Proses pengundian awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai mencecah 82 peratus setakat pukul 2 petang tadi.

Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan proses undi awal melibatkan pegawai dan anggota polis itu berjalan lancar sejak bermula 8 pagi tadi.

Ketika ini di Markas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua, di sini menyaksikan masih ada petugas keselamatan itu memasuki pusat pengundian awal itu secara berasingan.

Pegawai dan anggota polis yang masih belum melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi itu masih boleh berbuat demikian apabila pusat pengundian awal masih dibuka hingga 5 petang ini.

Sebuah lagi pusat pengundian awal di Balai Polis Kempas, di sini yang hanya menempatkan satu saluran sahaja ditutup pada pukul 12 tengah hari tadi. 

Mengikut rekod, seramai 927 pegawai dan anggota polis daripada tiga Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) dan PPM Wilayah Dua berdaftar bagi menunaikan tanggungjawab mengundi awal hari ini.

Parlimen Pulai menyaksikan pertembungan tiga penjuru calon Pakatan Harapan (PH),  Suhaizan Kayat; calon Perikatan Nasional (PN), Zulkifli Jaafar dan calon Bebas, Samsudin Mohamad Fauzi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN