PETALING JAYA: Konvensyen Undang-Undang Laut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCLOS) masih terpakai dan melindungi hak kedaulatan serta perairan sesebuah negara mengikut perundangan maritim antarabangsa. Oleh itu, Felo Kanan Akademi Nusantara (NASR), Dr Azmi Hassan berkata, Malaysia tidak perlu mengeluarkan peta baharu kawasan geografi negara seperti dilakukan China. Menurut beliau, walaupun dengan mengeluarkan peta baharu bakal menunjukkan ketegasan Malaysia dalam memelihara hak wilayah tetapi keadaan ketika ini belum begitu kritikal untuk menentukan…










