PRK: Suhaizan, isteri mengundi di SK Seri Melati - Utusan Malaysia

PRK: Suhaizan, isteri mengundi di SK Seri Melati

SUHAIZAN KAYAT dan isteri, Dr. Norsham Idris memasukkan kertas undi ke dalam peti undi di SK Seri Melati, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Pulai, Suhaizan Kayat mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Melati di Kempas, di sini hari ini.

Beliau yang juga Ketua Parti Amanah Negara (Amanah) Bahagian Pulai hadir bersama-sama isterinya, Dr. Norsham Idris dan selesai menunaikan tanggungjawab itu pukul 9.03 pagi.

“Saya mohon supaya semua pengundi di Parlimen Pulai dapat datang mengundi lebih awal pagi ini bagi menunaikan tanggungjawab kita semua.

“Alhamdulillah semua saluran berjalan lancar, trafik juga lancar dengan bantuan pihak polis, saya kira tiada halangan semua pengundi hadir dengan selamat.

“Kita berdoa agar dapat mencapai sasar peratusan mengundi 70 peratus dan ke atas, cuaca yang redup begini elok semua orang untuk turun, jangan datang petang sebab petang diramalkan hujan,” katanya ketika ditemui, di sini.

Kerusi Parlimen Pulai menyaksikan saingan tiga penjuru dalam PRK kali ini.

Suhaizan dicabar calon Perikatan Nasional (PN), Zulkifli Jaafar yang juga Timbalan Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Pulai dan Yang Dipertua Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL), Samsudin Mohamad Fauzi sebagai calon Bebas.

PRK tersebut diadakan ekoran kematian penyandangnya, Datuk Seri Salahuddin Ayub yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada 23 Julai lalu.

Pada PRU15 lalu, Allahyarham Salahuddin mempertahankan kerusi Parlimen Pulai selepas memperoleh 64,900 undi.

Beliau menang dengan majoriti 33,174 undi menewaskan Datuk Nur Jazlan Mohamed daripada Barisan Nasional (BN) yang memperoleh 31,726 undi, manakala calon Perikatan Nasional (PN), Loh Kah Yong, mendapat 20,677 undi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN