PN yakin menang majoriti tipis

PN yakin menang majoriti tipis di Simpang Jeram

DERETAN bendera Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan di sepanjang jalan di Kampung Seri Bukit Batu, Muar, Johor. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR: Perikatan Nasional (PN) yakin calon Pas, Dr. Mohd. Mazri Yahya mampu merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram yang dipertandingkan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) 9 September ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Bakri, Mahadzir Abu Said berkata, setakat seminggu berkempen, dianggarkan kelebihan berpihak kepada calon PN dengan peratusan kemenangan antara 65 hingga 70 peratus.

MAHADZIR ABU SAID

Katanya, kempen ala gerila dilaksanakan jentera khas PN dilihat membuahkan hasil apabila ramai pengundi menyatakan kesanggupan memberi sokongan kepada Mohd. Mazri.

“Peningkatan sokongan juga hasil daripada ceramah kelompok oleh calon sendiri yang menemui pengundi pelbagai lapisan masyarakat dalam Simpang Jeram ini.

“Dalam pada itu, peningkatan peratusan juga berlaku hasil daripada gabungan tiga parti komponen mendekati satu persatu pengundi seperti yang dirancang sebelum ini,” katanya ketika ditemui.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan, DAP mengakui peluang Pakatan Harapan (PH) mempertahan kerusi DUN Simpang Jeram pada PRK kali ini seimbang dengan PN.

Ahli Jawatankuasa DAP Johor, Ng Yak Howe berkata, keraguan itu masih wujud berdasarkan beberapa faktor terutama soal peratusan keluar mengundi dan pendirian pengundi UMNO.

Tambah Mahadzir, melihat kepada situasi terkini, pihaknya yakin menang namun bukan dalam majoriti besar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN