MUAR: Pelan perumahan mampu milik antara empat tawaran dalam manifesto kepada pengundi sekiranya Perikatan Nasional (PN) memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram pada Sabtu ini. Calon PN, Dr. Mohd. Mazri Yahya berkata, turut dtawarkan dialog awam berkala, program untuk masyarakat setempat, sukan untuk golongan belia serta Program pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET). “Dialog awam berkala menganjurkan sesi antara penduduk yang terjejas banjir kilat…










