Pemandu treler direman empat hari

Pemandu treler direman empat hari

PEMANDU treler yang terlibat dalam nahas 14 kenderaan di Jalan Persiaran Utara Putrajaya, kelmarin direman empat hari di Mahkamah Majistret Putrajaya, semalam. – UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seorang pemandu treler yang terbabit nahas 14 kenderaan di Jalan Persiaran Utara, berdekatan Presint 12 di sini, kelmarin ditahan reman selama empat hari sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan.

Perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini, semalam.

Terdahulu, pemandu berusia 29 tahun itu tiba di pekarangan Istana Kehakiman kira-kira pukul 9 pagi sambil diiringi pegawai polis.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.14 pagi itu, dua penunggang motosikal maut selepas dirempuh treler bermuatan pasir dan batu yangh turut menyebabkan 14 mangsa lain cedera.

Mangsa yang maut dikenali Faris Haziq Abu Bakar, 25, yang juga kakitangan Pos Malaysia dan penjawat awam di Mahkamah Ampang, Yuswar Mohd Uyus, 39.

Nahas membabitkan 14 kenderaan termasuk lima motosikal dan sebuah motosikal pengiring polis, tujuh kereta dan dua lori.

Siasatan mendapati, nahas berlaku selepas sebuah lori membawa muatan pasir dan batu dari arah Kajang menghala ke Puchong hilang kawalan dan melanggar beberapa buah kenderaan sebelum terbabas dan memasuki laluan bertentangan.

Selain itu, sebuah motosikal milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) jenis Yamaha FJR 1300 yang sedang membuat penutupan jalan semasa program Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) Le Tour De Langkawi 2023 (LTdL) turut terlibat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×