Pemandu, penumpang maut, Myvi bertembung treler - Utusan Malaysia

Pemandu, penumpang maut, Myvi bertembung treler

PEMANDU dan penumpang Perodua Myvi maut apabila kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah treler di Kilometer 39.3, Jalan Muar-Tangkak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANGKAK: Dua lelaki maut apabila kereta Perodua Myvi yang mereka naiki bertembung dengan sebuah treler di Kilometer 39.3, Jalan Muar-Tangkak, di sini pagi tadi.

Kedua-dua mangsa ialah Muhammad Hazim Abd. Halim, 25, dan Muhamad Fikri Amaludin, 24.

Menurut Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib, kemalangan berlaku apabila kereta Perodua Myvi berkenaan yang datang dari Tangkak menuju ke Segamat dipercayai hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan.

“Setibanya di tempat kejadian, kereta yang dipandu Muhammad Hazim hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan sebuah treler.

“Dalam nahas pukul 7.05 pagi itu, pemandu Perodua Myvi dan seorang penumpang lelaki disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian muka dan kepala.

“Walau bagaimanapun, pemandu treler berusia 37 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika ditemui di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak.

Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tangkak untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

Saksi ke jadian itu diminta menyalurkan maklumat kepada IPD Tangkak atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya