PETALING JAYA: Krisis antara negara Barat dan kuasa baharu dunia sehingga menyebabkan ekonomi goyah adalah antara cabaran terbesar buat Malaysia untuk merealisasikan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12). Bercakap kepada Utusan Malaysia, penganalisis ekonomi, Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai berkata, krisis tersebut mungkin berlarutan dan mengakibatkan kos pelbagai barang meningkat. Kata beliau, keadaan tersebut boleh menyebabkan Malaysia mengalami krisis makanan terutama apabila terdapat beberapa buah negara mula melakukan sekatan dan mengurangkan pengeksportan…










