SEREMBAN: Masyarakat diminta supaya lebih terbuka dan memberikan peluang kepada bekas-bekas banduan untuk memulakan kembali kehidupan mereka selepas menjalani hukuman di penjara. Presiden Persatuan Membantu Bekas-Bekas Banduan Negeri Sembilan, Philips Gomez menjelaskan, tanpa sokongan dan bantuan daripada masyarakat termasuk keluarga mereka sendiri, bekas-bekas banduan tersebut akan tertekan dan akhirnya kembali melakukan kesalahan lama mereka. Katanya, apabila bekas banduan itu sudah berubah dari tabiat biasa, beliau yakin mereka tidak akan lakukan…