Ahmad Terrirudin mulakan tugas Peguam Negara

Ahmad Terrirudin mulakan tugas Peguam Negara

AHMAD Terrirudin Mohd. Salleh menyentuh skrin perakam waktu ketika melaporkan diri pada hari pertama menjalankan tugas sebagai Peguam Negara baharu di Putrajaya, semalam.– UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Peguam Negara, Datuk Ahmad Terrirudin Mohd. Salleh berikrar melaksanakan segala tugas yang diamanahkan kepada beliau sebaik mungkin.

Bercakap kepada pemberi­ta di lobi Jabatan Peguam Negara, beliau yang memulakan perkhid­matan perundangan se­jak 1995 juga berterima kasih kepada pihak kerajaan.

“Insya-Allah saya akan me­nu­naikan setiap amanah dan tanggungjawab dengan sebaik mungkin,” katanya sejurus menyentuh skrin perakam masa pada hari pertama melapor diri di sini, semalam.

Ahmad Terrirudin, 54, menggantikan Tan Sri Idrus Harun yang kontrak perkhidmatannya berakhir semalam setelah dilantik memegang jawatan itu bermula pada 6 Mac 2020 lalu.

Pelantikannya sekali gus menamatkan spekulasi dan me­ngembalikan semula jawatan Peguam Negara dalam kalangan pegawai kanan Jabatan Peguam Negara itu sendiri.

Kali terakhir jawatan ini di­san­dang ‘orang dalam’ agensi tersebut ialah pada 2015 melalui Tan Sri Abdul Gani Patail.

Tempatnya diambil alih Tan Sri Mohamed Apandi Ali sehingga 2018 sebelum dipegang oleh Tan Sri Tommy Thomas hanya selama dua tahun sahaja dan kemudiannya Idrus.

Berdasarkan rekod jabatan berkenaan, Ahmad Terrirudin merupakan penyandang ke-13 jawatan itu sejak diwujudkan pada 1955 dengan individu pertama ialah Thomas Brodie.

Beliau sebelum itu me­nyandang jawatan Peguam Ca­ra Negara turut merakamkan peng­hargaan kepada semua petugasnya.

“Terima kasih kepada semua warga kerja jabatan ini atas sokongan anda dan juga kepada kerajaan Malaysia serta perke­nan daripada Yang di-Pertuan Agong,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN