Wakil BN wajar ada dalam Exco Selangor

Wakil BN wajar ada dalam Exco Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Wakil Barisan Nasional (BN) yang memenangi pilihan raya negeri (PRN) di Selangor wajar dilantik sebagai anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) selaras dengan aspirasi Kerajaan Perpaduan.

Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor, Borhan Aman Shah berkata, walaupun parti itu cuma memenangi dua kerusi, salah seorang daripada mereka seharusnya diberi tanggungjawab tersebut atas semangat perpaduan.

“Saya pasti perkara itu akan dibincangkan oleh pimpinan parti peringkat negeri dan diserahkan kepada peringkat pusat untuk diputuskan, namun dalam intipatinya mesti disuarakan perkara tersebut.

“Justeru, kedudukan wakil BN sebagai Exco seharusnya dipertimbangkan walaupun parti itu cuma memenangi kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Air Tawar dan Dusun Tua pada PRN lalu,” katanya ketika dihubungi semalam.

Terdahulu, gabu­ngan PH-BN berjaya me­raih jumlah DUN untuk membentuk ke­rajaan di Selangor selepas memperoleh 34 daripada 56 kerusi termasuk di Sungai Tua yang dimenangi oleh Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari.

Bagaimanapun, kemenangan tersebut tidak melepasi sasaran dua pertiga selepas Perikatan Nasional (PN) memenangi 22 kerusi yang sebahagian besarnya di Selangor Utara termasuk menyapu bersih lima DUN dalam dua Parlimen di Kuala Selangor dan Tanjong Karang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN